|
|
|
Ulasan Berita Dalam Seminggu
|
ABDULLAH SERU PENGGANTINYA BERANILAH BUAT PERUBAHAN
|
|
|
Najib memeluk Pak Lah
selepas memberi ucapan
|
KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli- ahli parti itu menanam keazaman ‘untuk berubah’ sambil disusuli dengan langkah berani
melakukan perubahan dalam diri sendiri jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO, beliau menegaskan, betapa malangnya jika ramai ahli parti itu masih gagal memahami bahawa UMNO itu adalah ahli-ahlinya sendiri dan
selagi mereka tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah.
|
|
|
|
MOHD ALI RUSTAN
|
Berita terbaru dari Ibu Negara Kuala Lumpur pada 17 Mac kelmarin menyatakan, Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun dan dua pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil
digantung keahlian UMNO selama tiga tahun kerana didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO. Saadun yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil serta dua lagi pemimpin UMNO
bahagian tersebut didapati bersalah di bawah Perkara 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO yang berkait dengan rasuah atau sogokan politik.
Manakala dua lagi pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil, yang terlibat ialah Ahli Jawatan kuasanya Rosli Hassan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian itu Zalina Ismail. Lembaga Disiplin UMNO
mendapati ketiga-tiga mereka telah melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen untuk Datuk Seri Mohd. Ali Rustam Ketua Menteri Melaka, yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.
Oleh kerana itu, Mohd. Ali Rustam juga didapati bersalah di bawah Tataetika Ahli UMNO mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan
Presiden pada pemilihan parti hujung bulan ini.
Pada masa yang sama, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar Tatatertib UMNO dibawah Perkara 10.1 , yang berkait dengan rasuah atau sogokan
politik , tetapi hukumannya hanya ‘Diberi Amaran’ dan dibenarkan untuk terus bertanding dalam pemilihan parti hujung bulan Mac ini.
|
|
|
|
|
HOSPITAL AMPANG YANG SERBA CANGGIH
|
Saya menyusun jari sepuluh memohon maaf buat pembaca laman www.yazidothman.com kerana agak lama tidak menulis. Bukan disengajakan, tetapi oleh
sebab masa saya banyak dihabiskan membantu isteri saya yang baru sahaja menjalani pembedahan besar (fibroid) pada 3hb. Mac 2009 yang lalu, sebaik saja beliau selesai beberapa jam
menjalani kursus mengendalikan stesyen minyak di Pusat Latihan Petronas Shah Alam untuk tempoh lebih sebulan, yang menjadi kejutan buat saya serta anak-anak.
Isteri saya banyak membantu saya menerbitkan setiap artikel yang saya tulis dalam laman blog saya semasa berada di rumah sama ada memilih gambar, rekaletak, mahupun size font
artikel itu. Jadi bila dia tak ada, saya jadi kekok untuk menulis. Walaupun saya menulis juga bila kelapangan di pejabat dengan dibantu pula oleh pembantu, tetapi kerana keuzuran isteri saya
itu saya juga tidak ke pejabat.
|
|
|
|
|
ULASAN BERITA DLM SEMINGGU
|
SPRM TIDAK PERLU CARI PUBLISITI MURAH

|
Tan Sri Khalid Ibrahim
|
PULAU PINANG 20 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti dan keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
dalam kes penyelenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400.
Berikut adalah butiran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pecah tanah pembangunan perumahan SPRM di sini, hari ini:
* Siasatan berhubung kes Menteri Besar Selangor sudah selesai.
* SPRM mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut.
* Suruhanjaya itu akan cadangkan untuk diambil tindakan pendakwaan dan perkara itu akan kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
* Penggunaan kereta persendirian sebagai kereta rasmi, penyelenggaraan dan sebagainya tidak dibenarkan.
* Berlaku salah guna kuasa dan juga kegunaan peruntukan kerajaan Selangor untuk membeli lembu-lembu korban.
|
|
|
KES ELIZABETH WONG
Anwar Tuduh BN Terlibat
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penyebaran gambar bogel anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong sebagai konspirasi
baru Barisan Nasional terhadap
|
|
Datuk Seri Anwar Ibrahim
|
pembangkang.Ketua Pembangkang itu mendakwa selepas kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mejar (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, kini mereka diserang sekali
lagi dengan isu moral.
"Ini merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor," katanya kepada
wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini.
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 31 - 35 dari 167 |