A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 10 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini182
mod_vvisit_counterBulan Ini3543
mod_vvisit_counterJumlah118465
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Add to Technorati Favorites

Add to Google Reader or Homepage

Laman Utama
PERINGATAN BUAT PAS ‘KATA DULANG PAKU SEREPIH’ PDF Cetak Emel
 nik_aziz_hj_hadi.jpg
 NIK AZIZ DAN HJ HADI DALAM SATU MAJLIS

Buletin propaganda atau Suara Rasmi parti PAS bernama HARAKAH keluaran 17-19 April 2009 membuat tajuk utama pada muka hadapannya bertajuk Bom Jangka Punah UMNO , dengan membuat tajuk kecil di atasnya berbunyi, “Masalah dalaman UMNO bukan sekadar membarah di Terengganu dan Sarawak, malah menghimpit negeri-negeri lain juga” ; sebenarnya ibarat kata pepatah, Kata Dulang Paku Serepih, Kata Orang Aku Yang Lebih !

Tidak ada fakta yang jelas diberikan oleh Buletin PAS, Harakah itu, melainkan keseluruhannya  merupakan suatu tulisan yang subjektif dan sukar dipertanggungjawabkan. Menurut Harakah itu lagi, hampir ke semua negeri dalam Persekutuan ini Parti UMNO mempunyai masalah dan merupakan Bom Jangka yang akan merosakkan UMNO !

 
BERILAH PELUANG KEPADA NAJIB PDF Cetak Emel
pak-lah-najib2.jpg 
 Pak Lah dan Najib masa serah tugas

Perdana Menteri baru Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Ibni Almarhum Tun Haji Ab.Razak baru saja mengangkat sumpah jawatan 13 hari yang lalu. Kedatangannya  atas nama Perdana Menteri , tentulah berbeza dengan kedudukan lamanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam semua hal. Ibarat Pengantin Baru, segala gerak geri beliau, senjah senjuhnya , tingkah lakunya, percakapan dan tuturkataya , gurauan sendanya serta ketawa hilainya adalah serba baru.

Kalau Pengantin Baru yag tadi malam baru naik pelamin, takkanlah mertuanya sanggup meminta menantunya membasuh kawah dan membersihkan halaman rumah , apalagi memberinya parang untuk menebas rumput lalang dan semak samun di belakang rumah mertua !

 
MCA JANGAN JADI BELANDA MINTA TANAH PDF Cetak Emel
ong_tee_kiat.jpg 

 Presiden MCA- Datuk Ong Tee Kiat

 

Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU 12) ahun 2008 menyaksikan prestasi buruk parti MCA untuk mempertahankan 40 kerusi parlimen yang diperuntukkan oleh BN untuk mereka. Dalam PRU 12 itu memperlihatkan dengan jelas masyarakat Cina  menolak calon-calon BN terutama dari MCA. Ini kerana 70% calon MCA telah ditolak oleh kaum Cina kerana dari jumla 40 kerusi diperuntukan untuk MCA hanya 15 kerusi sahaja yang menang.
Jika dibuat perbandingan maka secara statistiknya pada pilihan raya umum 2004 (PRU 11), MCA menang 31 daripada 40 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Daripada jumlah itu empat wakil mereka diangkat menganggotai Kabinet.
Sementara pada 2008, MCA tetap bertanding di 40 kawasan Parlimen. Namun hanya 15 calonnya yang menang. Walaupun prestasi MCA buruk dan sekali gus memperlihatkan bahawa kaum Cina menolak BN, namun  menteri - menteri  Cina yang dilantik dari kalangan MCA tetap kekal seramai empat orang.
 
SIKAP PEMIMPIN UMNO YANG MENGHALANG KEMENANGAN PDF Cetak Emel
tun_mahathir_-taiping.gif
  Tun Mahathir turut berkempen 

Pada Sabtu 4 April lalu saya bersama seorang teman, Wan Aminudin Wan Mohd Bakar  penggiat UMNO dari Pasir Puteh Kelantan, telah pergi ke kawasan Parlimen Bukit Gantang untuk melihat dan meninjau dari dekat keadaan dan suasana kempen pilihanraya kecil kawasan itu berikutan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang dari parti PAS .

Memandangkan hari mengundi di kawasan itu jatuh pada hari Selasa 7 April 2009, yang begitu suntuk , saya merasa terpanggil untuk segera mendapatkan beberapa fakta dari ‘medan pertempuran’ itu sendiri secara maklumat pertama ,yakni tidak hanya berdasarkan perkhabaran atau ‘Berita Angin’ yang dibawa dari sana, untuk dimuatkan dalam laman ini buat tatapan dan penilaian para pembaca semua.

 
SELAMAT MENJAWAT PERDANA MENTERI DATO’ SRI NAJIB PDF Cetak Emel

 

 najib_pm6.jpg
 Najib bersalaman dengan SPB YDP Agung

Pagi semalam 3 April  2009 Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Ab. Razak telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Ke enam Malaysia di hadapan SPB YDP Agung dan Dato’ Seri Abdullah Badawi serta para pembesar lainnya di Istana Negara.

Selamat menjawat jawatan tertinggi negara yang amat berprestij tetapi amat panas pula . Semoga ia dapat bertahan mengikut masa yang secukupnya, tidak dipaksa turun oleh orang-orang di sekeliling yang mempunyai cita-cita tinggi , pada separuh jalan, dengan alasan yang wajar dan diterima umum.

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 26 - 30 dari 167
 
Joomla Templates by Joomlashack