|
NIK AZIZ NIK MAT
|
Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat hari ini nampak jelas tidak boleh mengawal emosi dukacita dan kekecewaan yang amat mendalam terhadap kekalahan anak
emasnya yang disayangi Dato’ Hussam Musa, seorang pemimpin pelapis muda Pas Kelantan yang tewas dalam perebutan untuk jawatan Timbalan Presiden Pas di Muktamar Agung parti itu di Shah
Alam baru-baru ini.
Hussam Musa sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Politik Nik Aziz kini menjadi Exco Kanan Kerajaan Negeri dilihat umum sebagai anak emas Menteri Besar Kelantan itu yang diberikan
keutamaan mengatasi pemimpin-pemimpin Pas lain di Negeri Kelantan.
Mengikut rekod lalu,apabila Menteri Besar Kelantan itu ditimpa sakit dua tahun lalu maka Hussam dipilih menggantinya untuk membentangkan belanjawan Negeri Kelantan dalam Dewan Undangan
Negeri.
Seluruh Ahli Undangan Negeri itu terkejut apabila sessi pembentangan yang sepatutnya disampaikan oleh Menteri Besar digantikan oleh Hussam Musa apabila tiba-tiba Nik Aziz uzur pada
pagi tersebut.
|
|

|
NAJIB TUN RAZAK
|
Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di Beijing 2 Jun lalu bagi melakukan lawatan rasmi tiga
hari ke China, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama mendaulatkan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) di peringkat antarabangsa, dan merupakan pemimpin dunia yang kedua berucap dalam
Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa selepas Presiden Sukarno dari Indonesia, yang berucap dalam Bahasa Melayu di Pertubuhan Bangsa-Bangtsa Bersatu sebaik saja Indonesia mencapai
kemerdekaan.
Sukarno telah mengambil Bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertuturan jutaan rakyat Indonesia di kawasan Kepulauan Riau
dan Sumatra, untuk dijadikan bahasa perantaraan perpaduan di kalangan lebih dari 200 juta rakyat Indonesia, yang mendiami di lebih 2000 buah pulau yang bertutur dalam ratusan
bahasa dan pelat yang berbeda samasekali.Bahasa Melayu menjadi pilihan Sukarno kerana ia mudah dijadikan bahasa perantaraan kerana mudah difahami dan dipelajari serta indah didengar dan
disyairkan.
|
|
|
|
|
Peminjam dipenjara Ah Long
|
Cerita tiga peminjam yang dirantai leher bagaikan anjing ,dikurung tanpa makanan dipusat tahanan Ah Long di Kepong Selangor yang digembar gemburkan sebagai peminjam wang berlesen itu sebenarnya
Ah Long yang berlesen untuk menyiksa pemangsanya yang gagal membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Lihatlah cerita dari Utusan Malaysia dan BERNAMA keluaran 28 Mei lalu, yang saya petik
seperti dibawah ini :
3 DIKURANG SEPERTI BINATANG
KUALA LUMPUR 27 Mei – Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’
buatan ah long.
|
|
|
|
DYMM TUNAKU ISMAIL PETRA , SULTAN KELANTAN
|
DYMM AL Sultan Kelantan , Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah gering sejak 10 hari yang lalu berada di Wad CCU Hospital USM Kota Bharu Kelantan,
sehinggalah diterbangkan dengan psawat khas ke sebuah hospital pakar di Singapura jam 10.40 pagi tadi dengan diiringi Tengku Bendahara dan Dato’ Mufti Kelantan . Raja Perempuan Kelantan
telah berlepas ke Singapura lebih awal. Sementara anggota Keluarga Diraja terdekat, termasuk Tengku Mahkota menyusuli dengan pesawat lain berikutan itu.
Dulu semalam, setiap masjid di Kelantan mengadakan sembahyang hajat khas bagi mendoakan Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim serta semua jajahan takluk Baginda itu ,
dimana imam atau khatibnya mendoakan semoga Tuanku Al Sultan dipanjangkan umur serta disembuhkan segera penyakit yang dihadapi baginda.
|
|
|
|
Subky Latif & Mat Sabu
|
Selama ini urusan dalaman PAS, khususnya mengenai perebutan jawatan dalam parti itu tidak pernah dibincang dan disiarkan secara terbuka oleh mana-mana media arus perdana apa lagi akhbar
–akhbar mingguan atau dua kali seminggu.
Sebelum ini kalau ada keributan dalam cawan atau tekoh PAS mengenai perkara ini, para pemimpinnya berusaha menutupnya rapat-rapat dan bila cuba dicungkil oleh para wartawan, mereka akan
berlakon dengan hanya mengeluarkan kenyataan yang bersahaja berbunyi antaranya “ Alahai hanya ribut dalam cawan kopi kami sahaja dan kami telah selesaikannya dengan cara shura.”
Bila ditanya pula mengenai siapa yang mahu lawan siapa, mereka tidak pernah berikan secara rasmi kenyataan pencalonan perebutan jawatan dalam parti itu kepada press. Yang ada mereka hanya
menjawab,’semua jawatan ditentukan secara syura dan tak ada perlawanan, kalau ada pun hanya secara kecil-kecilan saja.”
Tetapi kali ini semua jawatan yang dipertandingkan telah didedahkan kepada press untuk disiarkan kepada umum. Tidak adalah lagi cakap-cakap yang berselindung dibalik
perkataan,”Syura” dan “Musyawarah’,melainkan masing-masing kumpulan yang menyokong calon-calon yang bertanding itu telah mula menyerang pihak lawan mereka, dengan
menggunakan terma-terma tokoh ulama dan tokoh professional!
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 21 - 25 dari 167 |