
|
|
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyerahkan bendera Union Jack kepada wakil British
dan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu buat pertama kali selepas laungan
Merdeka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957
|
Esok Negara dan rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan untuk ke 52 tahun, satu tempoh yang dikira begitu matang dan dewasa sekali. Negara Malaysia sudah mereka 52 tahun dan bukan 25
tahun, iaitu usia remaja, masih mencari arah tuju, darah muda dan kalau ibarat orang baru kahwin, masih banyak wang yang diperlukan untuk hidup dalam keadaan senang lenang.
Tetapi hakikatnya, Malaysia merdeka hari ini masih ibarat orang baru bernikah. Tidak stabil dari segi kedudukan ekonomi bangsa teras negara ini, masih mencari kesesuaian hubungan suami
isteri iaitu hubungan kaum hingga menyebabkan salahfaham kedudukan bangsa pendatang yang mengugat ketuanan Melayu di negara ini.
Selaku Pengerusi Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) saya terpanggil dan sering terkesan di hati setiap kali memperkatakan tentang betapa tidak merdekanya bangsa Melayu di bumnegara ini yang sesuatu
ketika dinamakan Tanah Melayu.
|
|
|
Setiap ahli yang menyertai parti itu tidak pernah direkodkan oleh pemerintah kita, jadi kita tidak tahu siapakah ahli parti tersebut , misalnya Lim Kit Siang , Lim Guan Eng, Karpal Sing,
atau sesiapa saja . Ini ialah kerana parti itu diharamkan.
|
LIM KIT SIANG
|
Terlalu banyak unsur yang menunjukkan parti DAP diresapi dan dikuasai oleh semangat Parti Komunis Malaya yang telah diharamkan pada tahun 1948 dulu dan selepas negara ini mencapai
kemerdekaan beberapa pemimpin pertubuhan haram itu dibenarkan pulang ke tanahair.
Sebenarnya baik juga kalau parti itu tidak diharamkan, senanglah kita mengetahui siapa sebenarnya para pejuang parti Komunis itu dan senang pula para pengundi negara ini membuat pilihan secara
hitam atau putih. Apa yang berlaku sekarang para pejuang Parti Komunis itu mungkin telah berjaya masuk ke dalam DAP, Gerakan, MCA , MIC , Parti Rakyat dan sebagainya.
Terlalu banyak unsur yang menunjukkan parti DAP diresapi dan dikuasai oleh semangat Parti Komunis Malaya yang telah diharamkan pada tahun 1948 dulu dan selepas negara ini mencapai
kemerdekaan beberapa pemimpin pertubuhan haram itu dibenarkan pulang ke tanahair.
Setiap ahli yang menyertai parti itu tidak pernah direkodkan oleh pemerintah kita, jadi kita tidak tahu siapakah ahli parti tersebut , misalnya Lim Kit Siang , Lim Guan Eng, Karpal Sing,
atau sesiapa saja . Ini ialah kerana parti itu diharamkan.
Sebenarnya baik juga kalau parti itu tidak diharamkan, senanglah kita mengetahui siapa sebenarnya para pejuang parti Komunis itu dan senang pula para pengundi negara ini membuat pilihan secara
hitam atau putih. Apa yang berlaku sekarang para pejuang Parti Komunis itu mungkin telah berjaya masuk ke dalam DAP, Gerakan, MCA , MIC , Parti Rakyat dan sebagainya.
Bagaimanapun peratusan kebarangkalian ahli-ahli parti komunis itu menyertai UMNO atau PAS terlalu kecil, kerana secara amnya orang yang menyerrtai komunis itu adalah
terdiri dari orang-orang keturunan Cina yang menetap di Malaysia ini seperti Lim Kit Siang , Tan Seng Giaw, Lim Guan Eng . Manakala peratusan orang-orang keturunan India yang tinggal di negara
ini seperti Karpal Singh , Sammy Vallu, Keyveas dan lain-lain itu agak kecil, walaupun memang terdapat parti Komunis di India.
|
|
|
ULASAN BERITA DALAM SEMINGGU
NIZAR SEPATUTNYA TIDAK HADIR NYALAKAN LILIN –
DEWAN ULAMA PAS

|
|
Nizar bersama lilin kepecayaan DAP
|
KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau
sebaliknya?
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan
Malaysia di sini hari ini.
|
|
|
NAJIB TUN RAZAK
|
Saya berpendapat isu ini tidak perlu dibuat debat secara terbuka kerana perkataan debat ialah mempertahankan hujah masing-masing tanpa mempedulikan hujah-hujah lawan benar atau tidak dan akan
mempertahankan hujah-hujah sendiri benar atau tidak. Oleh itu, perkataan debat harus ditukar kepada perbincangan ikhlas antara Najib dan Nik Aziz.
Oleh kerana isu ini timbul untuk mencari jalan mengatasi masalah kegawatan kuasa Melayu di negara ini, maka perbincangan antara Najib dan Nik Aziz hanya perlu didengar oleh orang Melayu sahaja
ini kerana mungkin ada perkara sensitif pada bangsa lain yang akan timbul. Oleh itu orang bukan Melayu tidak boleh mendengar perbincangan ini. Cabaran Nik Aziz untuk perbincangan terbuka ini
adalah sia-sia yang tidak menguntungkan orang Melayu, apalagi mencari penyelesaian tentang kegawatan kuasa Melayu di negara ini.
|
|
|
|
Abdul Hadi Awang bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang
|
Sebelum ini semua pihak menghormati PAS kerana kewibawaan kepimpinan Presiden PAS Dato’ Haji Abd. Hadi Awang yang lebih dikenali dengan panggilan Haji Hadi sahaja. Haji Hadi ,
seperti juga Fadzil Nor , menjadi tempat rujukan dan secara otomatik menjadi tulangbelakang parti tersebut. Bagaimanapun akhir-aklhir ini terutama selepas berlangsungnya PRU ke 12 yang lalu,
kehebatan Haji Hadi sebagai pemimpin berkarisma mulai luntur, apabila umum melihat beliau begitu lemah berhadapan dengan para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang,
Karpal Singh dan Tian Chua.
Prinsip dan pegangan PAS mula goyah dan tergugat berada dalam tangan Haji Hadi. Beliau tidak seperti mana yang dizahirkan dalam pidato-pidatonya yang berapi-rapi mempertahankan ‘prinsip
kepimpinan Islam’, telah beransur-ansur tunduk dan akur kepada kehendak Anwar Ibrahim dan para pemimpin DAP khasnya Lim Kit Siang.
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 16 - 20 dari 167 |