|
Beberapa hari lalu saya ke Pulau Pinang, sebuah pulau yang digelar Pulau Mutiara, satu nama yang diletakkan oleh orang Melayu satu ketika dulu , sesuai dengan cantiknya
serta indahnya pulau tersebut , sesuai dengan kedudukannya sebagai pantai paling selatan bagi Negeri Kedah. Saya bercuti dua hari sana untuk menemui teman-teman lama di
Tanjung , sewaktu saya bertugas di negeri itu pada awal tahun 80an lalu. Masih ramai teman lama saya di sana, walaupun ramai juga yang telah berpindah dari sana.
Sesampai di Argill Road, iaitu , tempat terawal bertapaknya pejabat Utusan Melayu di Pulau Pinang, menggantikan Warta Negara dan tempat lahirnya Akhbar Bintang Timur, saya
menjadi tidak sabar lagi untuk menikmati teh tarik dan roti canai di situ . Di sini telah mengukir seribu kenangan buat saya; di mana selepas tidak disukai oleh Lee Kuan Yew di
Singapura, kedatangan saya di Pulau Pinang ini bukan sahaja tidak diucapkan ‘Selamat Datang’ oleh Lim Chong Eu, tetapi sebaliknya saya telah dianggap tetamu yang
tidak mesra dengan Tuan Rumah, lantaran ‘Menjaga Tepi Kain’ nya !
|
|
|
|
LIM GUAN ENG
|
Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan
Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para
pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat
selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah
menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
|
|
|
Tidak ada sebab lain mengapa Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd Aziz Bin Nik Mat begitu ghairah nak singkirkan
Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa dari menjadi orang nombor dua dalam parti itu , selain dari semata-mata mengikuti kehendak buah hati pengarang jantungnya Dato’ Hussam
Musa.
Nik Aziz tidak mempunyai sebarang agenda tersendiri dalam hidupnya . Dia orang yang ‘simple’ tak ada cita-cita besar dalam
sepanjang kerjaya politiknya. Dia mahu berdakwah, berceramah di surau-suaru, di kampong-kampong untuk mengajak orang bersembahyang mengingati Allah .Itu saja. Selaklah lembaran sejarah hidupnya
semasa menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang begitu lama sejak di zaman Dato’ Mohad Asri Haji Muda dulu lagi, dimana setiap kali beliau bangun bercakap , dia mengingatkan Speaker Dewan
Rakyat agar meminta semua Ahli Parlimen yang beragama Islam yang bersidang itu untuk berhenti sembahyang (bila masuk waktu Zuhur dan Asar), sehingga beliau
kerap menerima perli agar menumpukan kepada isu yang dibincang di Dewan Rakyat itu.
|
|
|
ULASAN DALAM SEMINGGU
KETUA POLIS NEGARA SUDAH PUTUS ASA!!
|
|
MUSA HASSAN
|
KUALA LUMPUR 25 Sept. – “Di Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan), pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.”
Begitu luahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan di negara ini.
Beliau turut mendedahkan, mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas sehingga menyumbang peningkatan kemalangan maut itu juga melibatkan segelintir pemimpin politik.
Kata beliau, seharusnya pemimpin masyarakat menunjukkan kepimpinan melalui teladan serta contoh kepada orang ramai.
|
|

|
SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
|
Sempena kedatangan 1 Syawal pagi ini , saya dan keluarga mengambil kesempatan di ruangan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat kaum keluarga,
sahabat handai, pembaca setia blog ini dan semua umat Islam di mana juga berada. Semoga ibadat puasa di bulan Ramadhan yang bakal ditinggalkan beberapa jam lagi dan amal ibadat yang dilakukan
sepanjang bulan mulia itu diterima Allah SWT. Semoga kita berpeluang untuk melaksanakan ibadat itu di tahun hadapan, amin.
Saya memohon maaf kerana sudah agak lama tidak mengemaskini laman blog ini. Kesibukan mencari rezki dan ibadah di bulan Ramadzan menyebabkan tidak banyak waktu untuk menatap halaman berita di
dada-dada akhbar, salura-saluran berita tv global, membaca SMS teman-teman serta kenalan ; untuk memasukkan ulasan dan pandangan dalam laman blog saya ini . Alhamdulillah saya mula berkelapangaan
mulai awal Syawal ini dan insya Allah kita bertemu semula dilaman ini seperti biasa ! . Di bawah ini saya diperturunkan beberapa pilihan berita yang boleh dijadikan renungan dan iktiba kita
bersama.
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 11 - 15 dari 167 |