A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 2 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini428
mod_vvisit_counterBulan Ini2456
mod_vvisit_counterJumlah702952
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
AKAN BERULANGKAH PERISTIWA 13 MEI ??? PDF Cetak Emel

photo_13-mei-1969.jpgSemasa beberapa orang tetamu yang datang makan Pulut Gaul Nyior dengan Ikan Kembung Rebus Goreng di teratak ambo (di Puncak Gombak) malam tadi, saya jadi seram sejuk bila ada antara mereka memberitau, seorang mantan pegawai kanan Keselamatan Negara yang dah bersara lima enam tahun lalu memberitaunya semalam, bahawa suasana dan cara pihak pembangkang khususnya DAP berucap dan bertutur di mana-mana sekarang; adalah sama dengan suasana masa hendak berlaku peristiwa 13 Mei 1969 dulu...

 

"Cara pemimpin pembangkang khususnya DAP berucap kini, yang mempersoalkan kewibawaan pengendali pilihanraya (SPR), mempersoalkan kerusi2 yang dimenangi oleh pihak Umno/Perikatan, mempersoalkan hak-hak orang Melayu, menggunakan kata-kata yang kesat kepada orang2 Melayu dan Umno, reaksi gerak geri dan percakapan para pemimpin dan ahli DAP yang angkuh, terutama golongan muda mereka, adalah "salin tak tumpah" (benar2 sama) dengan apa yang berlaku menjelang peristiwa 13 Mei dulu..." kata teman saya itu lagi.

 

Sebelum beredar dari kediaman kami lewat malam tadi ada antara mereka yang meminta saya buatkan ' Grill ' yang tebal di lapisan luar pintu utama kediaman kami yang tidak berpenghadang besi itu...mnereka meminta saya lebihkan persediaan tilam bantal, ikan kering, sardin, beras dan lain-lain keperluan harian yang mungkin boleh membantu orang yang memerlukan kelak.

 

Baca lagi...
 
TAHNIAH PM ATAS PERLANTIKAN KABINET BERIMBANG PDF Cetak Emel

photo_gurun_sahara.jpgSekalong tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abd.Razak, atas perlantikan 'Kabinet Berimbang' di mana kelihatan serba sederhana dan meyakinkan, sesuai dengan kemampuan masing-masing untuk melaksanakan segaala janji2 BN semasa PRU 13 dan memenuhi segala aspirasi rakyat negara ini; cuma jangan jadi 'gayat' dengan jawatan baru itu, tugas tidak dilaksanakan...!

 

Masa amat cemburu, tiada masa untuk releks buat 'menteri' baru ini...keputusan pilihanraya menunjukkan kita kena buat sesuatu serta-merta agar kita tidak lenyap di bumi sendiri, apa lagi menjadi pelarian di tanahair sendiri...lihat saja apa kata para pemimpin DAP, walaupun mereka dapat tingkatkan begitu banyak jumlah kerusi, namun mereka masih bermimpi bahawa mereka akan dapat 2/3 majoriti di Parlimen...!

 

Sedang Pas terus tidur dan diulek mimpi2 indah kerana boleh berada di kerusi belakang dalam kenderaan DAP dengan nyaman dan terhibur dengan lagu2 merdu 'tidurlah sayang, nanti ku kejutkan bila sampai kelak' ..

 

Baca lagi...
 
PELAJARAN PATRIOTIK DALAM SISTEM PELAJARAN PDF Cetak Emel

photo_patriotik.jpgSerta-merta 'Pelajaran Patriotik' hendaklah diserapkan dalam sistem pelajaran kita, demi menyemaikan rasa cintakan kepada Negara; Menghormati Agama Persekutuan, Raja, Pemimpin, Keamanan dan Ketenteraman, Perasaan Muhibbah Antara Kaum, Kesederhanaan Mengeluarkan Pendapat dan sebagainya.

 Kesemua pemimpin pembangkang dan penyokong kuat mereka, yang terlibat dalam kempen PRU 13 lalu, yang bermula pada 2012 lagi, tidak langsung menunjukkan hormat kepada agama Islam sebagai Agama Persekutan, memandang remeh kepada Amanah dan titah Raja-raja Melayu khususnya SPB YDP Agong, tidak langsung menunjukkan hormat kepada Perdana Menteri dan Menteri2 Kabinet.

 

Mereka tidak menghormati undang-undang dengan mengadakan aktiviti provokasi mengarahkan rakyat untuk membuat huru-hara dalam negara ini...akibatnya, harta awam dan anggota keselamatan menjadi mangsa.

 

Baca lagi...
 
PADAHNYA ISA DAN TAHANAN DAERAH TERHAD DIHAPUSKAN PDF Cetak Emel

photo_tahanan_isa.jpgTidak ada yang menakutkan kaum China di negara ini, selain dari Akta Keselamatan Dalam negeri atau ISA dan Akta Tahanan Daerah Terhad atau Buang Daerah...tetapi kedua-dua yang menghantui kaum China itu telah dengan 'murah hati' pemimpin BN kita yang berkuasa dalam Kerajaan, menghapuskannya.

Saya telah diberitahu oleh kenalan saya yang menjadi sebahagian dari Kumpulan Gangster itu bahawa para Gengster Kaum China di negara ini sanggup berikan apa saja permintaan pihak yang berkuasa ke atas ISA dan Akta Tahanan Daerah itu, asalkan mereka terlepas daeri kedua-dua 'tahanan sial' itu..

 

Malangnya kita telah memberikan kehendak mereka itu secara percuma, kononnya atas nama hendak mengambil hati kaum China...ibarat kita mempunyai senjata dipinggang yang amat ditakuti musuh, tetapi kita dengan bangganya melaungkan "lihat aku dah buang senjata itu" maka dalam sekelip mata saja musuh sudah ada di sekeliling kita untuk menyerang dan menyiksa kita semau-maunya..!

 


 



 

 

 

Baca lagi...
 
JAWAPAN MENGAPA ANWAR SIBUK MENGHENTAM SPR & BN PDF Cetak Emel

photo_anwar-ibrahim-taman-melati.jpgSejak kempen pilihanraya dimulakan oleh pihak Pakatan Pembangkang sejak 2012 lagi DS Anwar Ibrahim telah mula mengangkut wang dari agen Zionis Yahudi ribuan juta dollar, bagi membiayai pilihanraya ke 13 yang bakal tiba bila-bila masa saja waktu itu, kerana kaum Yahudilah yang paling banyak wang di dunia ini...

 

Untuk mendapatkan wang dari Agen Zionis Yahudi ini, khususnya dari Israel, walaupun DS Anwar telah diterima menjadi ahli pertubuhan Zionis sebelum ini, namun DS Anwar kena buat kata laluan terlebih dahulu sebagai 'pra syarat'...

 

Iaitu DS Anwar mestilah membuat kenyataan terbuka melalui Media Antarabangsa (contohnya CNN, BBC, Reuter, UPI, New York Times, Washington Pos, The World Straits Journal d.l.l.) dengan menyeru pemimpin atau masyarakat dunia, agar melindungi Israel dari keganasan umat Palestin..!

 


 

 

Baca lagi...
 
"SELAMAT PULANG KE SG HEIGHT PAPA" PDF Cetak Emel

Demikian kata anak lelaki sulung saya Azdadi, 29 tahun, sebaik saja saya memasuki rumah kami di SG Height (Puncak Seri Gombak) setelah sekian lama berkempen untuk PRU 13 di Pasir Puteh Kelantan.

 

"Sekurang-kurangnya sehari atau dua hari dalam sebulan papa balek menjenguk kami ...dicelah-celah masa papa berkempen itu...itu sudah mencukupi... sedangkan semasa saya berada di London selama 7 tahun dulu, satu kali pun saya tak berpeluang melihat wajah papa, mama dan adik-adik...oh sungguh rindu gila..." tambah Azdadi lagi.

 

Saya sungguh menyesal tidak menziarahinya di Manchester dan kemudiannya dia berpindah ke kota London masa itu, kerana memberi tumpuan kepada perniagaan yang baru berputik...bagaimannapun kami berbual melalui talipon setiap malam selama berjam-jam lamanya bergilir-gilir dengan mama serta adik-adiknya.

Baca lagi...
 
IMAN DAN TAQWA ASAS PENDIRIAN KEPIMPINAN PDF Cetak Emel

al-quran-yang-mulia-1.jpgSaya didatangi panggilan telefon, email, sms, chat, mesej fb dan sebagainya; tentang urusan pemilihan calon pru 13, antaranya:

 

"Dato' mana ada winnable candidate seperti yang PM canang sebelum ini, mahu calon pilihan rakyat dalam kawasan mereka, tanpa terikat dengan hiraki dalam parti, tapi apa yang berlaku ialah wincable candidate To' ", kata seorang penulis politik media internet se awal selepas subuh pagi tadi.

 

" Sedar ke tidak tulisan Dato' dalam blog sebelum ini, bahawa pemilihan calon mengikut To' Najib ialah berasaskan laporan 10 risikan dari pelbagai sumber yang khusus untuk mencari calon PRU 13 di kalangan rakyat/pengundi setempat, dan calon yang paling ramai disukai, akan diletakkan sebagai calon BN PRU13...", kata seorang bekas wartawan kumpulan Utusan melalui telefon sekejap tadi.

 

Baca lagi...
 
NIK AZIZ KETEPIKAN HUSAM MUSA PDF Cetak Emel

photo_nik_aziz_dan_husam__musa.jpgPerkembangan terbaru politik Pas Kelantan amat menarik, di mana pemimpin terkanan kerajaan Pas Kelantan Dato' Husam Musa yang selama ini menguasai percaturan pentadbiran kerajaan negeri ini, tiba-tiba saja kelihatan kehilangan taring.

Penguasaan Husam Musa dalam Kerajaan Kelantan ini berlaku seawal tahun-tahun 90an setelah kedudukannya sebagai pendamping utama, sebagai Setiausaha Politik MB Kelantan, Dato Nik Ab.Aziz Nik Mat, dialihkan kepada ADUN yang diberikan kuasa yang sangat luas, menguasai kewangan, pentadbiran dan politik.

Beliaulah yang mengetuai turus-turus pagar besi tahan karat, yang mengelilingi Nik Aziz, bersama-sama Abdul Fatah Harun, Wan Ab.Rahim, Omar Mohamad dan beberapa yang lain lagi. Pagar-pagar yang dibina Husham inilah yang memisahkan Nik Aziz dengan anggota pimpinan parti yang berpendidikan agama secara langsung dari Timur Tengah dan Nilam Puri (kembar Al Azhar), seperti Abdul Halim Abdul Rahman, Mohamad Daud Iraqi, Yahya Othman, Idris Ahmad, Ahmad Yaakob dll.

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 8 dari 274
 
Joomla Templates by Joomlashack